PETALING JAYA – Ibu bapa dan adik bongsu kepada penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan pengurus Alif, Adlina Abu Bakar yang turut mendedahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian calitan Sabtu lalu.
“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.
“Bagaimanapun saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke-12.
“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu.
Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.
Adlina memberitahu, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga telah menjalani ujian calitan Covid-19 padi tadi dan sedang menunggu keputusan.
“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa simptom. Alif meminta semua mendoakan mengharapkan doa dari orang ramai agar terhindar jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keadan sihat,” ujarnya.
Terdahulu, Alif yang menjalani penggambaran drama Penjara Cinta sejak minggu lalu membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 pada Jumaat.
Sumber: K! ONLINE