21 December 2024, Saturday | 09:23pm

Lagi laporan rogol ke atas pendakwah muda

2020-12-01

PETALING JAYA – Seorang guru mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah muda yang masih dalam tahanan reman polis.

Difahamkan, guru berusia 22 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan Polis Selangor menerima enam laporan berkaitan kes seksual dilakukan pendakwah selebriti setakat ini yang sebelum ini direman berhubung kes merogol kenalan instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat menyeru sekiranya terdapat lagi mangsa-mangsa lain agar tidak bimbang untuk tampil membuat laporan polis. 

Sumber: K! ONLINE

 

No votes yet