22 November 2024, Friday | 04:41am

Beza Tarikh Luput Dan Baik Sebelum Pada Makanan

2019-07-16

 

Memeriksa tarikh luput dan keadaan bungkusan sesuatu produk makanan amat penting bagi memastikan ia selamat dari pencemaran dan masih boleh dinikmati tanpa membahayakan kesihatan. Makanan yang tercemar atau sudah rosak boleh menyebabkan keracunan disebabkan bakteria yang telah berkoloni di dalamnya.

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa versi yang terpapar pada bungkusan makanan iaitu ‘Baik Sebelum’ dan ‘Tarikh Luput’. Namun, apakah beza kedua-dua istilah yang digunakan ini?

Bagi menjawab persoalan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Melaka telah menjelaskan perbezaan bagi kedua-dua frasa berkenaan.

Maksud label TARIKH LUPUT dan BAIK SEBELUM

Sebagai pengguna, kerap kali kita dikelirukan dengan label makanan yang ada “Baik Sebelum” VS “Tarikh Luput”. Kenapa ada beberapa makanan dilabel dengan “Baik Sebelum” dan bukannya “Tarikh Luput”?

Disebabkan ada kekeliruan dalam hal ini, banyak makanan telah dibuang oleh pengguna kita sendiri walaupun makanan itu masih elok untuk dimakan.

Label “Baik Sebelum”

Menujukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, kemungkinan produk itu kehilangan atau kekurangan kesegaran, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada rupa bentuk produk tersebut sama ada ia ada perubahan warna, ada pertumbuhan kulat atau berbau masam atau kurang enak.

Label “Tarikh Luput” dan “Guna Sebelum”

Tarikh akhir produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak yang tidak perlu simpan lama seperti kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel “Baik Sebelum” atau “Tarikh Luput’’ pengguna perlu buang serta merta makanan tersebut selepas tarikh yang dinyatakan.

Sumber: Facebook KKM

 

No votes yet