27 December 2024, Friday | 07:17am

Penutupan Siaran Analog TV Dilakukan Secara Berperingkat

2019-08-06

Korang pernah dengar tentang myFreeView? myFreeView adalah siaran TV digital yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan siaran tv analog. Paling menarik, ia menawarkan beberapa saluran percuma dalam definisi tinggi. Tak faham lagi? Tonton video dibawah ni.

Dah faham? Dipetik dari portal rasmi myFreeview, Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Projek ini dimulakan dengan memilih Pulau Langkawi sebagai kawasan rintis untuk permulaan penutupan siaran tv analog. Memandangkan pulau berkenaan sudahpun mempunyai sistem televisyen yang terbaik, di mana liputan  menyeluruh bagi siaran digitalnya.  Kemudian penutupan siaran analog di lain lokasi akan dilakukan secara berperingkat.

Untuk pengetahuan korang semua, Malaysia merupakan negara ketiga yang menukar siaran analog kepada siaran digital selepas Singapura dan Brunei.

Sumber: Oh! Media

 

No votes yet