21 November 2024, Thursday | 08:40pm

"Hati Saya Tertutup Untuk Mana-Mana Lelaki" - Bella Astillah

2019-07-09

Sudah hampir dua bulan berpisah, Bella Astillah memberitahu buat masa ini pintu hatinya tertutup buat mana-mana lelaki kerana fokus utamanya kini lebih kepada keluarga dan kerjaya. Biarpun, Aliff Aziz sering meninggalkan komen ketika dia mengadakan sesi Live di Instagram, Bella berkata dia tidak berasa rimas mahupun terganggu.

"Hati saya tertutup buat mana-mana lelaki kerana fokus utama saya adalah pada keluarga, kerjaya dan anak saya,Ayden. Saya tak rasa rimas bila Aliff sering kali tengok dan komen bila saya buat Live Instagram. Kalau dia masuk dan tinggalkan komen, Bella tak boleh 'ignored' dia. 

"Aliff pernah beritahu saya dia dalam kemurungan dan kalau kita kecam dia ketika dia depress mungkin dia akan jadi lebih teruk. Kita kena menyokongnya biar apa pun kesalahan atau kejahatan yang mungkin dia pernah buat dulu," katanya.

Dalam pada itu, Bella memberitahu hubungannya dengan Aliff baik-baik sahaja demi anak mereka. Kata Bella lagi, jika anaknya bertanyakan tentang Aliff, dia akan segera menghubungi bekas suaminya itu.

"Kami masih lagi saling mengikuti Instagram satu sama lain dan berhubung baik demi anak kami. Kalau Ayden tanya mana ayah dia, Bella akan cepat-cepat buat panggilan video dengan Aliff.

"Bella memang tak cerita lagi pada Ayden tentang hubungan kami sebab dia masih kecil. Tunggu dia besar sedikit nanti baharu saya akan jelaskan situasi kami kepadanya," katanya lagi. Untuk rekod, Bella dan bekas suami, Aliff Aziz disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu setelah hampir tiga tahun berumah tangga.

 

Average: 4 (1 vote)