22 November 2024, Friday | 04:04am

Art of Speed 2019 – Raikan semangat kustom di Malaysia

2019-07-31

Art of Speed 2019 (AOS 2019), acara ol-skool dan kustom di Malaysia edisi ke-8 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, menyaksikan penyertaan semakin besar dari tahun-tahun sebelumnya.

Acara yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai di MAEPS Serdang ini mempamerkan barisan karya kustom tempatan yang terdiri dari motosikal dan kereta yang diubahsuai, restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif serta cabutan bertuah.

Seperti tahun sebelumnya juga, beberapa kenderaan vintaj dan diubahsuai dari luar negara turut membuat penampilan.

AOS Invitational Car Build Off 2019 tahun ini yang dikuasakan oleh Petronas menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000 (pemilihan awam).

Source: motoqar.com

Average: 5 (1 vote)