22 November 2024, Friday | 02:05am

Pengulas sukan legenda meninggal dunia

2020-10-02

Kuala Lumpur: Tokoh pengulas sukan yang cukup terkenal suatu ketika dahulu, Zulkarnain Hassan menghembuskan nafas terakhir jam 11 pagi tadi.

Allahyarham adalah seorang pengulas sukan radio dan televisyen yang cukup hebat dan terkenal seangkatan dengan Datuk Rahim Razali dan Allahyarham Datuk Hasbullah Awang.

Menurut Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) Datuk Jasni Shafie, sumbangan Allahyarham dalam bidang kewartawanan sukan cukup diingati terutama ketika mengulas kejayaan skuad bola sepak negara yang layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia, pada 1980.

"Suara ulasannya dalam perlawanan penentuan menentang Korea Selatan di Stadium Merdeka akan tetap menjadi ingatan dan kenangan bersejarah dengan kata-kata yang akan menjadi antara nostalgia dan sejarah bola sepak negara: "Dapat kepada Hassan, masih lagi Hassan, cocok Hassan...."

"Ulasanya sehebat jaringan James Wong ketika Malaysia menang dan layak ke Sukan Olimpik Moscow," katanya.

Source: myMetro

 

No votes yet