21 November 2024, Thursday | 06:05pm

Hamilton positif Covid-19

2020-12-02

MANAMA, Bahrain – Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton terlepas untuk beraksi di Grand Prix (GP) Sakhir pada hujung minggu ini selepas disahkan positif Covid-19.

Pelumba Mercedes tersebut dikatakan dalam keadaan sihat dan telah menjalani ujian pemeriksaan sebanyak tiga kali pada minggu lalu ketika menyertai perlumbaan GP Bahrain.

Ketika baru bangun dari tidur awal pagi semalam, Hamilton mengakui mengalami simptom ringan wabak pembunuh berkenaan.

Selain mengalami gejala ringan, Hamilton dalam keadaan sihat dan baik. Hamilton telah menjalani pemeriksaan ujian sebanyak tiga kali minggu lalu dan ujian tersebut adalah negatif.

“Ujian terakhir yang dilakukan Hamilton pada Ahad lalu di Litar Antarabangsa Bahrain. Bagaimanapun ketika bangun pagi semalam, Hamilton mengalami simpton ringan dan pada masa yang sama dia memberitahu seorang kontak rapatnya diuji positif wabak berkenaan,” kata Mercedes dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mercedes turut menegaskan pihaknya akan mengumumkan pengganti Hamilton yang akan beraksi hujung minggu ini sedikit masa lagi. – AGENSI

Sumber: KOSMO

 

No votes yet