LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.
Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.
Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.
Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra.
Pemain sayap Wolves, Pedro Neto memberikan gol awal sebelum dua gol Paulinho, masing-masing sebelum dan selepas gol Renato Sanches menjadikan ia 4-0.
Emili Garcia menjaringkan gol sendiri berbaki 14 minit permainan.
Ronaldo dimasukkan pada babak pertama tapi perlu menunggu hingga baki lima minit permainan sebelum penyerang Atletico Madrid, Joao Felix melengkapkan jaringan. - AFP
Sumber: BH Online