22 December 2024, Sunday | 12:01am

Meterai perjanjian hasilkan ubat HIV generik

2020-12-01

Putrajaya: Pemeteraian perjanjian Malaysia dengan syarikat farmaseutikal global iaitu ViiV Healthcare dan Pool Patent Medicines (MPP) membolehkan negara ini menghasilkan ubat HIV yang generik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan perjanjian berkenaan yang secara tidak langsung dapat memberikan ubat HIV dalam versi yang diperlukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"(Ubat) ini lebih berkualiti dan berpatutan kepada orang yang hidup dengan HIV atau memerlukan rawatan. Kami berharap persaingan antara pembuat generik yang diaktifkan oleh lesen ini, akan membawa kami ubat-ubatan berkualiti dengan harga yang lebih rendah.

"Bukan mudah untuk tersenarai di bawah MPP dan keputusan ini menandakan kita sebagai tonggak penting.

"Diharapkan ia akan membuka lebih banyak peluang untuk kita mendapatkan akses yang lebih cepat kepada ubat berkenaan bagi menyelamatkan nyawa," katanya yang dipetik menerusi ciapan Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada MPP dan semua pihak yang terbabit kerana membuat keputusan yang luar biasa itu menjadi kenyataan.

Sumber: myMetro

 

No votes yet