22 December 2024, Sunday | 05:29pm

COVID-19: Selepas beri kebenaran hujung Sept, China laksana sekatan semula

2020-11-06

CHINA melaksana sekatan di pintu antarabangsa bagi mengekang kemasukan bukan warganegara dari United Kingdom (UK), Perancis, Belgium, Filipina dan India dalam usaha mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Sekatan dilaksanakan semula selepas Republik itu membenarkan kemasukan rakyat asing yang mempunyai visa sah pada 28 September lalu.

Sekatan terbaharu itu yang merupakan paling ketat di seluruh dunia yang mengekang kemasukan rakyat asing dari UK, walaupun mereka mempunya visa yang sah atau permit penduduk tetap, menurut Kedutaan China di Britain.

Kedutaan China di Belgium dan Filipina turut mengeluarkan kenyataan yang sama bagi melarang kemasukan bukan warganegara China dari kedua-dua negara itu.

UK pada Khamis memulakan perintah berkurung selama sebulan apabila angka kematian akibat COVID-19 di negara itu melonjak kepada lebih 20,000 kes sehari, menjadikan ia negara Eropah dengan rekod kematian tertinggi.

Dalam pada itu, Belgium mempunyai kes baharu tertinggi di Eropah, manakala Perancis dan India merupakan antara lima negara dengan kes tertinggi dunia.

Sumber: astro AWANI

 

No votes yet