22 December 2024, Sunday | 06:46pm

Kerajaan tidak benarkan rakyat tunai umrah

2020-11-04

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak membenarkan jemaah Malaysia mengerjakan ibadat umrah dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mendengar pandangan kementerian Kesihatan (KKM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Menurut Muhyiddin, ia dilakukan atas nasihat KKM untuk tidak membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah walaupun Arab Saudi sudah membenarkan umrah dijalankan selama 10 hari.

"Zulkifli menjelaskan, walaupun kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ibadat umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia ke sana pada masa ini," katanya pada kenyataan.

Pada pertemuan itu, Muhyiddin berkata, Zulkifli juga menjelaskan ketetapan mengenai kebenaran mengadakan majlis pernikahan dan solat Jumaat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dilaksanakan.

Sumber: myMetro

 

No votes yet