22 December 2024, Sunday | 10:15pm

Gantung diri tertekan bertugas dari rumah

2020-10-23

New Delhi: Tertekan selepas diarahkan bekerja dari rumah menyebabkan seorang jurutera di India menggantung diri di kediamannya di Surat, Gujarat.

Portal Gulf News melaporkan lelaki itu, Jigar Gandhi, 32, melakukan tindakan itu akibat tidak dapat mengatasi tekanan yang dihadapi berikutan rutin kerja dari rumah.

Mangsa dilaporkan pulang dari tempat kerjanya di Haryana, India ketika perintah berkurung dikuatkuasakan di negara itu dan bekerja dari rumah selama beberapa bulan.

Soal siasat polis mendapati ahli keluarga Gandhi mengatakan mangsa mengalami tekanan kerja sepanjang pandemik itu berlaku.

Pegawai polis mengesahkan bedah siasat mendapati kematian mangsa dengan cara menggantung diri.

Laporan Institut Kesihatan Mental dan Neurologi Nasional India (NIMHANS) baru-baru ini menyatakan berlaku peningkatan 70 peratus jumlah pesakit yang menderita kemurungan dan gangguan obsesif-kompulsif akibat Covid-19 di negara itu.

India kini berada di kedudukan kedua kes Covid-19 paling tinggi iaitu 7.7 juta di belakang Amerika mencatatkan 8.3 juta kes. Negara itu merekodkan 116,000 kematian dengan kadar kebolehjangkitan 715,755 kes.

Sumber: myMetro

 

No votes yet