JAKARTA: Protes membantah undang-undang buruh baharu di beberapa bandar utama di Indonesia bertukar ganas.
Kalangan pelajar dan pekerja mendakwa undang-undang berkenaan tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Protes bermula Selasa itu turut berlangsung di hadapan Istana Presiden, Jakarta selain di beberapa bandar utama termasuk Yogyakarta, Medan, Makassar, Manado and Bandung.
Sehingga kini 209 individu ditahan kerana terlibat protes ganas.
Parlimen Indonesia pada Isnin meluluskan undang-undang baharu bagi mengubah sistem buruh dan pengurusan sumber negara.
Undang-undang ini meminda 79 akta sedia ada dan dirangka bagi mengurangkan kerenah birokrasi.
Namun golongan pekerja melihat undang-undang ini bakal mengurangkan gaji mereka, meningkatkan penyumberan luar dan menukar gaji bulanan kepada berasaskan jam.
Sumber: astro AWANI