23 December 2024, Monday | 08:02am

Petronas sahkan insiden letupan, kebakaran di Rapid Pengerang

2020-03-16

KOTA TINGGI: Petronas Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) mengesahkan satu letupan dan kebakaran berlaku pada 15 Mac di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Johor pada jam 10.50 malam tadi.

PRPC memaklumkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mengaktifkan pasukan respons kecemasan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PRPC, keadaan kini terkawal dan keutamaan kini adalah untuk memastikan keselamatan pekerja dan alam sekitar.

 

 

Sumber: astroAWANI

 

Average: 4.5 (2 votes)