23 December 2024, Monday | 10:51am

KWSP lupus 7.44 juta saham dalam AirAsia

2020-02-05

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual kira-kira 7.44 juta saham dalam syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Group Bhd.

Dalam satu kenyataan pada 3 Februari, kumpulan syarikat penerbangan itu berkata transaksi itu dilakukan pada 28 Januari dari akaun nominasi yang diadakan bagi pihak KWSP.

KWSP kini memegang 210.49 juta saham atau 6.31 peratus di AirAsia, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat itu.

Jualan ini dilakukan sebelum tuduhan rasuah dan sogokan terhadap AirAsia dan Airbus berjumlah AS$50 juta (kira-kira RM205 juta).

Pelupusan saham itu dipercayai dilakukan ekoran wabak koronavirus yang kini melanda dunia.

Sumber: Astro Awani

 

Average: 5 (1 vote)