23 December 2024, Monday | 11:07am

WHO gesa pertingkat perkongsian maklumat, elak sekatan tidak selaras peraturan

2020-02-05

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesa semua negara anggota agar mempertingkatkan komunikasi bagi memperbaik pertukaran informasi berkaitan wabak koronavirus.

Perkara ini bagi menentang penyebaran khabar angin dan maklumat yang tidak tepat dan memastikan masyarakat dapat melengkapkan diri mereka dengan kaedah perlindungan yang berkesan.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, daripada 176 kes yang dilaporkan di luar China setakat ini, hanya 38 peratus yang menyerahkan laporan lengkap.

"Terdapat negara berpendapatan tinggi yang ketinggalan dalam perkongsian data penting ini, jadi saya tidak fikir ini satu masalah kekurangan kapasiti dan kemudahan.

"Tanpa data yang lebih baik, sangat sukar untuk kami menilai bagaimana wabak itu merebak, atau kesannya, dan memastikan kami menyediakan cadangan pengurusan yang paling sesuai," kata beliau semasa taklimat teknikal koronavirus, pada Selasa.

WHO juga mengulangi permintaan untuk tidak mengenakan sekatan yang tidak selaras dengan Peraturan Kesihatan Antarabangsa kerana ia akan menyebabkan ketakutan masyarakat.

Kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk membangunkan diagnostik, ubat-ubatan dan vaksin juga perlu dipertingkatkan untuk mengawal wabak ini, tambah beliau.

Sumber: Astro Awani

 

Average: 5 (1 vote)