23 December 2024, Monday | 12:08pm

Cikgu menangis lihat murid darjah 1 ceria bawa ibu ayah buta lawat sekolah, tunjuk kelasnya- “Mana pondok mak nak tunggu kamu?”

2020-01-02

"Mata masik habuk", demikian komen netizen yang tersentuh hati melihat perkongsian oleh seorang pengguna Facebook mengenai kisah seorang murid yang baru memasuki Tahun Satu.

Menerusi perkonsian pengguna Facebook, Nadwa Nasir itu, dia menceritakan kisah seorang murid perempuan yang hadir bersama kedua-dua orang tuanya sewaktu sesi orentasi baru-baru ini.

Apa yang menyentuh hati, murid berkenaan yang bertindak memimpin tangan ibu bapanya kerana kedua-duanya cacat penglihatan.

Cerita guru berkenaan, sungguhpun kedua-dua orang tuanya berjalan dengan bantuan murid perempuan tersebut berserta tongkat, si anak tetap gigih menunjukkan lokasi kelas serta beberapa lokasi lain  di sekitar sekolahnya.

"Selesai orentasi, dia pimpin mak ayah dia... Tunjuk kelas dia kat mana, padang kat mana, kantin kat mana. Macam la mak ayah dia boleh melihat.

"Mak, sini la kantin.. Mak, sini padang sekolah. Mak dia tanya'mana pondok mak nak tunggu kamu nant?'.

"Dia jawap 'sini la mak, dekat sini'. Padahal depan dia je pondok tu tapi si anak tetap explain macam nampak-nampak saja", tulis guru itu dalam coretannya.

Guru tersebut turut memuat naik sekeping gambar bagi menceritakan situasi yang menyentuh hati itu.

Melihatkan keadaan itu, guru berkenaan berkata dia tidak dapat menahan air mata kerana kagum dengan ketabahan anak kecil itu.

"Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil. Memimpin mak ayahnya yang tidak dapat melihat ke orentasi Tahun 1. Dia sendiri menulis nombor handphone mak ayah... walaupun baru bertatih menulis... walau nombornya terbalik.

"Kuatnya kamu wahai anak. Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini. Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat. Kamu yang paling kuat. Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuh 2020," tulis guru tersebut lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 12,000 perkongsian di Facebook, selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa sebak mengenangkan betapa tabahnya murid perempuan tersebut di kala rakan sebaya yang lain gembira dilayani ibu bapa masing-masing.

"Mata masuk habuk la," tulis seorang pelayar.

"Alahai anak.. air mata makcik tiba-tiba turun dengan lajunya. Semoga Allah pelihara kamu dan permudahkan segala urusanmu anak," komen seorang pelayar.

"Tersentuh hati melihat akan anak yang membawa ibunya OKU, moga anak ini mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat, amin" komen pelayar lain. 

Sumber: Mstar

Average: 5 (1 vote)