Krisis air di Selangor yang melibatkan lebih 2 juta pengguna kat Lembah Klang termasuk di Selangor merupakan gangguan terbesar kali kedua untuk tahun ini selepas masalah sama melanda pada 24 hingga 26 Januari lalu.
Kini drama dari Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Jamal Md Yunos yang mengulas dia tidak dapat mandi wajib sejak krisis bekalan air berlaku dan tambahnya pula, Menteri Besar Azmin Ali yang betanggungjawab menyebabkan rakyat Selangor tidak dapat mandi.
Masalahnya sekarang, kenapa kita perlu letak pemikiran kita untuk mengapi-apikan isu krisis air ni demi kepentingan politik yang tidak berkesudahan? Jika saudara, jiran kita yang menghadapi masalah, adakah ketawa dan menyalahkan pihak lain itu satu bentuk solusi?
Bukankah setiap permasalahan yang berlaku patut kita tangani bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Tiada jalan penyelesaian dengan menuding jari. Cukup lah dengan permainan politik KOTOR yang dah lama bernanah sejak azali lagi.
Pihak Pengurusan Air Selangor dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ni dan kerja pembaikan telah pun bermula mengikut jadual. Bukan itu sahaja, pihak luar seperti PLUS, UEM Edgenta dan NGO yang lain turut memberi pertolongan kepada penduduk-penduduk yang sedang mengalami masalah bekalan air. Terdapat juga beberapa individu memberi bantuan kepada mereka secara sukarela. Ini lah sikap yang patut kita contohi, bukan seperti penyokong-penyokong fanatik parti politik yang selalu menyalak, bersembunyi di belakang komputer dan "keyboard" tanpa memberi bantuan yang sepatutnya.
Cuba lah renung di dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai manusia yang NORMAL yang berfikiran WARAS. Jadilah insan yang sentiasa ingin membantu orang lain di setiap kesusahan, walaupun berbeza pemahaman politik.