25 October 2024, Friday | 06:30am

KKM nafi larangan rentas daerah

2020-10-02

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan kononnya larangan merentas daerah dilaksanakan malam ini sehingga 16 Oktober.

KMM dalam Twitter rasminya menjelaskan sebaran maklumat dalam media sosial itu palsu.

"Ini adalah kenyataan palsu! KKM tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Jangan kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini!," katanya.

Sejak malam tadi, tersebar paparan Twitter kononnya KKM memaklumkan mengenai arahan rentas daerah bermula tengah malam ini, susulan peningkatan kes mendadak COVID-19 ketika ini.

Semalam, sebanyak 260 kes baharu COVID-19 direkodkan sekali gus mencatatkan kes harian kedua tertinggi pernah dicatat di negara ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan setakat semalam kepada 11,484 dengan kes aktif sebanyak 1,334.

Sumber: BH Online

 

No votes yet