24 November 2024, Sunday | 04:14am

Hana Azraa Dedah Bakal Bercerai Dengan PU Abu

2019-07-10

Selepas dua bulan menceraikan isterinya, Ain Afini, nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi dilanda kontroversi apabila perkahwinan keduanya bersama Hana Azraa pula dikatakan di ambang perceraian. Perkata itu didedahkan oleh Hana Azraa sendiri di mana menurut Hana dia dan PU Abu bakal bercerai dan sudah tidak lagi tinggal bersama.

"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya," katanya.

Menurut Hana, dia tampil menjelaskan status rumah tangganya itu bagi mengelakkan salah faham di kalangan netizen. Katanya lagi, hubungannya dengan pendakwah muda itu akan berakhir dengan baik.

"Walaubagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah," katanya.

Berdasar hasil pemerhatian, kedua-dua mereka juga tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram. Dalam pada itu, PU Abu yang dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun mengesahkan dia dan Hana masih lagi pasangan suami isteri.

Sumber: Beautifulnara

 

Average: 4 (1 vote)